Wanita itu sudah tua, namun
semangat perjuangannya
tetap menyala seperti wanita
yang masih muda. Setiap
tutur kata yang
dikeluarkannya selalu
menjadi pendorong dan
bualan orang disekitarnya.
Maklumlah, ia memang
seorang penyair dua zaman,
maka tidak kurang pula
bercakap dalam bentuk syair.
Al-Khansa bin Amru,
demikianlah nama wanita itu.
Dia merupakan wanita yang
terkenal cantik dan pandai di
kalangan orang Arab. Dia
pernah bersyair mengenang
kematian saudaranya yang
bernama Sakhr :
"Setiap mega terbit, dia
mengingatkan aku pada
Sakhr, malang. Aku pula
masih teringatkan dia setiap
mega hilang dii ufuk barat
Kalaulah tidak kerana terlalu
ramai orang menangis di
sampingku ke atas mayat-
mayat mereka, nescaya aku
bunuh diriku."
Setelah Khansa memeluk
Islam, keberanian dan
kepandaiannya bersyair telah
digunakan untuk
menyemarakkan semangat
para pejuang Islam. Ia
mempunyai empat orang
putera yang kesemuanya
diajar ilmu bersyair dna
dididik berjuang dengan
berani. Kemudian puteranya
itu telah diserahkan untuk
berjuang demi kemenangan
dan kepentingan Islam.
Khansa telah mengajar
anaknya sejak kecil lagi agar
jangan takut menghadapi
peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah,
Khalifah Umar Ibnul Khattab
menyediakan satu pasukan
tempur untuk menentang
Farsi. Semua Islam dari
berbagai kabilah telah
dikerahkan untuk menuju ke
medan perang, maka
terkumpullah seramai 41,000
orang tentera. Khansa telah
mengerahkan keempat-empat
puteranya agar ikut
mengangkat senjata dalam
perang suci itu. Khansa
sendiri juga ikut ke medan
perang dalam kumpulan
pasukan wanita yang
bertugas merawat dan
menaikkan semangat pejuan
tentera Islam.
Dengarlah nasihat Khansa
kepada putera-puteranya
yang sebentar lagi akan ke
medan perang, "Wahai anak-
anakku! Kamu telah memilih
Islam dengan rela hati.
Kemudian kamu berhijrah
dengan sukarela pula. Demi
Allah, yang tiada tuhan selain
Dia, sesungguhnya kamu
sekalian adalah putera-putera
dari seorang lelaki dan
seorang wanita. Aku tidak
pernah mengkhianati
ayahmu, aku tidak pernah
memburuk-burukkan saudara-
maramu, aku tidak pernah
merendahkan keturuna
kamu, dan aku tidak pernah
mengubah perhubungan
kamu. Kamu telah tahu
pahala yang disediakan oleh
Allah kepada kaum muslimin
dalam memerangi kaum kafir
itu. Ketahuilah bahwasaya
kampung yang kekal itu lebih
baik daripada kampung yang
binasa."
Kemudian Khansa
membacakan satu ayat dari
surah Ali Imran yang
bermaksud, "Wahai orang
yang beriman! Sabarlah, dan
sempurnakanlah kesabaran
itu, dan teguhkanlah
kedudukan kamu, dan
patuhlah kepada Allah, moga-
moga menjadi orang yang
beruntung." Putera-putera
Khansa tertunduk khusyuk
mendengar nasihat bonda
yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata,
"Jika kalian bangun esok pagi,
insya Allah dalam keadaan
selamat, maka keluarlah
untuk berperang dengan
musuh kamu. Gunakanlah
semua pengalamanmu dan
mohonlah pertolongan dari
Allah. Jika kamu melihat api
pertempuran semakin hebat
dan kamu dikelilingi oleh api
peperangan yang sedang
bergejolak, masuklah akmu
ke dalamnya. Dan
dapatkanlah puncanya ketika
terjadi perlagaan
pertempurannya, semoga
kamu akan berjaya mendapat
balasan di kampung yang
abadi, dan tempat tinggal
yang kekal."
Subuh esoknya semua tentera
Islam sudah berada di tikar
sembahyang masing-masing
untuk mengerjakan perintah
Allah iaitu solat Subuh,
kemudian berdoa moga-moga
Allah memberikan mereka
kemenangan atau syurga.
Kemudian Saad bin Abu
Waqas panglima besar Islam
telah memberikan arahan
agar bersiap-sedia sebaik saja
semboyan perang berbunyi.
Perang satu lawan satu pun
bermula dua hari. Pada hari
ketiga bermulalah
pertempuran besar-besaran.
41,000 orang tentera Islam
melawan tentera Farsi yang
berjumlah 200,000 orang.
Pasukan Islam mendapat
tentangan hebat, namun
mereka tetap yakin akan
pertolongan Allah .
Putera-putera Khansa maju
untuk merebut peluang
memasuki syurga. Berkat
dorongan dan nasihat dari
bondanya, mereka tidak
sedikit pun berasa takut.
Sambil mengibas-ngibaskan
pedang, salah seorang dari
mereka bersyair,
"Hai saudara-saudaraku! Ibu
tua kita yang banyak
pengalaman itu, telah
memanggil kita semalam dan
membekalkan nasihat. Semua
mutiara yang keluar dari
mulutnya bernas dan
berfaedah. Insya Allah akan
kita buktikan sedikit masa
lagi."
Kemudian ia maju menetak
setiap musuh yang datang.
Seterusnya disusul pula oleh
anak kedua maju dan
menentang setiap musuh
yang mencabar. Dengan
semangat yang berapi-api ia
bersyair,
"Demi Allah! Kami tidak akan
melanggar nasihat dari ibu
tua kami Nasihatnya wajib
ditaati dengan ikhlas dan rela
hati Segeralah bertempur,
segeralah bertarung dan
menggempur mush-musuh
bersama-sama Sehingga kau
lihat keluarga Kaisar
musnah."
Anak Khansa yang ketiga
pula segera melompat
dengan beraninya dan
bersyair,
"Sungguh ibu tua kami kuat
keazamannya, tetap tegas
tidak goncang Beliau telah
menggalakkan kita agar
bertindak cekap dan berakal
cemerlang Itulah nasihat
seorang ibu tua yang
mengambil berat terhadap
anak-anaknya sendiri Mari!
Segera memasuki medan
tempur dan segeralah untuk
mempertahankan diri
Dapatkan kemenangan yang
bakal membawakegembiraan
di dalam hati Atau tempuhlah
kematian yang bakal
mewarisi kehidupan yang
abadi."
Akhir sekali anak keempat
menghunus pedang dan
melompat menyusul abang-
abangnya. Untuk menaikkan
semangatnya ia pun bersyair,
"Bukanlah aku putera
Khansa', bukanlah aku anak
jantan Dan bukanlah pula
kerana 'Amru yang pujiannya
sudah lama terkenal Kalau
aku tidak membuat tentera
asing yang berkelompok-
kelompok itu terjunam ke
jurang bahay, dan musnah
mangsa oleh senjataku."
Bergelutlah keempat-empat
putera Khansa dengan tekad
bulat untuk mendapatkan
syurga diiringi oleh doa
munajat bondanya yang
berada di garis belakang.
Pertempuran terus hebat.
Tentera Islam pada mulanya
kebingungan dan kacau
kerana pada mulanya tentera
Farsi menggunakan tentera
bergajah di barisan hadapan,
sementara tentera berjalan
kaki berlindung di belakang
binatang tahan lasak itu.
Namun tentera Islam dapat
mencederakan gajah-gajah itu
dengan memanah mata dan
bahagian-bahagian lainnya.
Gajah yang cedera itu marah
dengan menghempaskan tuan
yang menungganginya,
memijak-mijak tentera Farsi
yang lannya. Kesempatan ini
digunakan oleh pihak Islam
untuk memusnahkan mereka.
Panglima perang bermahkota
Farsi dapat dipenggal
kepalanya, akhirnya mereka
lari lintang-pukang
menyeberangi sungai dan
dipanah oleh pasukan Islam
hingga air sungai menjadi
merah. Pasukan Farsi kalah
teruk, dari 200,000 tenteranya
hanya sebahagian kecil saja
yang dapat menyelamatkan
diri.
Umat Islam lega. Kini mereka
mengumpul dan mengira
tentera Islam yang gugur.
Ternyata yang beruntung
menemui syahid di medan
Kadisia itu berjumlah lebih
kurang 7,000 orang. Dan
daripada 7,000 orang syuhada
itu terbujur empat orang
adik-beradik Khansa. Seketika
itu juga ramailah tentera
Islam yang datang menemui
Khansa memberitahukan
bahwa keempat-empat
anaknya telah menemui
syahid. Al-Khansa menerima
berita itu dengan tenang,
gembira dan hati tidak
bergoncang. Al-Khansa terus
memuji Allah dengan ucapan,
"Segala puji bagi Allah, yang
telah memuliakanku dengan
mensyahidkan mereka, dan
aku mengahrapkan darii
Tuhanku, agar Dia
mengumpulkan aku dengan
mereka di tempat tinggal
yang kekal dengan rahmat-
Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke
Madinah bersama para
perajurit yang masih hidup
dengan meninggalkan mayat-
mayat puteranya di medan
pertempuran Kadisia. Dari
peristiwa peperanan itu pula
wanita penyair ini mendapat
gelaran kehormatan 'Ummu
syuhada yang ertinya ibu
kepada orang-orang yang
mati syahid."